Asmat1989's Blog
Just another WordPress.com weblog

Nov
06
Nov
06

idamHAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH…

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri…

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…

Nov
06

mawarputihAKU TANPA CINTAMU Lirik lagu nasyid, juga lagu layar keinsafan mungkin amat sesuai menggambarkan rasa keinsafan di hati Zayanah sekarang. Zayanah sering meratapi kekhilafannya dan merenung masa depannya yang gelap hasil perbuatannya sendiri.Tanpa diduga gadis yang selama ini amat menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, prinsipnya yang dipegang teguh selama hidup di bumi Allah, hancur begitu sahaja kerana amat rapuhnya iman seorang perempuan yang bergelar remaja.

Tawaran untuk ke sebuah universiti awam di tanah air sedikit melegakan hatinya yang luluh kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Zayanah tetap teguhkan hatinya untuk terlibat dalam bidang kejuruteraan. Dalam bidang kejuruteraan, sudah semestinya kaum adam lebih mempelopori bidang ini. Hati Zayanah sedikit cemas dan tidak selesa dengan keadaan barunya kini, kerana dia terpaksa bercampur dengan kaum adam untuk mencari ilmu. Namun dia percaya, selagi niat untuk mencari ilmu Allah dipegang, Allah akan melindunginya. Memang Zayanah mengakui, dia amat mudah tertarik dengan lelaki yang berpewatakan alim. Walaupun selama ini, Zayanah tidak pernah bergaul dengan lelaki, malah tidak pernah bercakap dengan lelaki, kerana dia memang dikenali dengan sifat pemalunya dan amat pasif semasa di alam persekolahan lagi, membuatkan ramai yang tidak berani untuk mendekatinya. Tetapi jauh di sudut hati seorang perempuan, dia inginkan kasih sayang seorang lelaki kerana dari kecil dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah malahan adik beradik lelaki kerana Allah lebih menyayangi abinya dan tiga orang abangya , yang meninggal akibat terlibat dalam sebuah kemalangan semasa Zayanah masih dalam kandungan umminya.

Perkenalannya dengan seorang senior lelaki atas dasar ingin menolong dalam pelajaran memusnahkan segalanya. Sidqi merupakan pelajar tahun akhir di universiti tersebut , berperwatakan amat alim dan banyak memberi nasihat kepada Zayanah, sedikit sebanyak telah menambat hati seorang mar’atus. Namun ketahuilah jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Iblis akan memerangkap anak cucu Nabi Adam as. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita amat lemah menghadapi tipu daya Iblis, lebih-lebih lagi pada zaman remaja. Memang pada awalnya tidak bersua muka, hanya bertanya khabar melalui internet, kemudahan teknologi kini  banyak disalahgunakan pelajar sekarang, contohnya seperti Skype, YM, Gtalk dan sebagainya,

Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya? Inilah yang terjadi kepada kedua-dua mereka. Dimulakan dengan senyuman pertama semasa pertemuan pertama mereka di perpustakaan, telah menyulam kuntuman cinta dalam hati kedua-dua mereka. Perwatakan sopan dan lembut Zayanah telah menambat hati Sidqi. Hampir dua bulan perkenalan mereka, Sidqi telah memberanikan dirinya menyatakan hasrat cinta kepada Zayanah, mudah sekali syaitan telah meruntuhkan keimanan dihatinya, Zayanah pula yang sudah lama menantikan putera agamanya itu, dengan mudahnya menerima hasrat hati Sidqi. Maka bergembiralah syaitan kerana telah dapat meruntuhkan iman mereka. kononnya dengan harapan dapat menyemai cinta Islamik. Mereka telah berjanji untuk saling mengingatkan dan menjaga batas perhubungan mereka. Zayanah telah berkali-kali mengingatkan Sidqi untuk mengikat tali pertunangan jika benar-benar ikhlas terhadap dirinya, namun Sidqi memberi alasan untuk menghabiskan semester akhirnya dahulu barulah dia akan meminang Zayanah. Zayanah yakin dengan kata-kata Sidqi. Perhubungan mereka berjalan lancar sepanjang semester dan dengan bantuan Sidqi, Zayanah telah dapat sedikit minat untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan yang amat tidak disukainya dulu. Dengan bantuan Allah, mereka telah dapat menjawab soalan peperiksaan untuk semester itu dengan cemerlang.

Syaitan amat bijak dan pelbagai cara digunakan untuk meruntuhkan niat suci mereka, bercinta untuk mencari keredhaan Allah. Maka, terjadilah satu detik hitam dalam hidup kedua mereka, kerana mereka berasal dari negeri yang sama, Sidqi telah mengajak Zayanah untuk balik cuti semester ke kampung dengan menaiki keretanya. Pada mulanya Zayanah menolak pelawaan Sidqi, tapi apabila Sidqi memberi alasan hanya untuk teman berbual dan menghilangkan rasa mengantuk semasa memandu kereta, Zayanah menerima pelawaan buah hatinya itu, sayanglah katakan. Bila berdua-duaan, maka muncullah yang ketiganya, iaitu syaitan laknatullah, memujuk nafsu mereka. Maka terperangkaplah dua insan yang berkasih-sayang. Zayanah dan Sidqi telah hanyut ditelan nafsu . Sejak kejadian itu, Sidqi yang telah tamat pengajiannya di universiti itu telah menjauhkan diri daripada Zayanah dan meninggalkan Zayanah tanpa khabar berita, dengan alasan menyesal dan ingin bertaubat.

Bermula semester baru, Zayanah yang pada masa itu baru sahaja tahun dua pengajiannya, terpaksa menangguhkan pengajiannya selama setahun kerana mengandung hasil daripada perhubungan kotor mereka. Namun sesalan tidak berguna lagi, keluarganya tidak dapat menerimanya lagi dan tinggallah Zayanah terkapai-kapai dalam penyesalan seorang diri. Dengan jasa baik sahabat karibnya, Amilah, Zayanah menumpang di rumahnya sehingga dia melahirkan seorang cahaya mata lelaki. Zayanah sentiasa tertanya-tanya, masih adakah insan yang dapat menerima dirinya yang sudah tidak suci. Kerana dia tahu, penzina hanya untuk penzina, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya. Kini Zayanah berada dalam tahun akhir pengajiannya di universiti tersebut, memang perit untuk Zayanah kerana dalam masa yang sama, dia terpaksa bekerja untuk menyara anak lelakinya, satu-satunya buah hatinya kini. Penyesalan tidak berguna lagi. Begitulah kita jika tanpa cinta kepada Allah, jika hanya mengharapkan cinta insani, mudah hanyut dan termakan pujuk rayu syaitan. Nau’zubillah..Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia. Kalau begitu, adakah cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka ini semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

PENGAJARANNYA(TAZKIRAH SEORANG SAHABAT) Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Nov
06

1_940461036lSiapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:

“Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika
salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak.”
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

“Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! “
Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan
berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan
hak-hak suami mereka.”
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

“Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia.”
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

“Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya.”
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Oct
23

Muslihat #1
Bercadang untuk menghadiri majlis makan malam? Sebelum pergi apa kata makan sebiji epal, sebiji telur rebus, minum teh atau soda diet. Cara ini mampu mengawal nafsu makan.
Muslihat #2
Jangan “membuatkan” tubuh kamu semakin gemuk! Kawal pemakanan dan elakkan tubuh kamu dari “memenuhi” segala permintaan perut.
Muslihat #3
Bawa bekal ke pejabat atau ke kelas, dengan cara ini kamu dapat mengawal pemakanan kamu semasa berada di luar rumah. Banyakkan mengambil makanan seperti sup atau sayuran. Ia bukan sahaja rendah kalori, bahkan boleh membantu kamu berasa kenyang sepanjang hari.
Muslihat #4
Amalkan makan makanan yang rendah kalori terlebih dahulu sebelum mula menikmati menu-menu lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup, kemudian akhiri dengan menu yang berat seperti daging.

Muslihat #5
Cuba amalkan diet tanpa gula selama dua minggu. Lama kelamaan nafsu makan kamu yang “aneh” itu akan dapat dikawal dengan baik.
Muslihat #6
Lebihkan sayuran dan buah-buahan. Pastikan kedua-dua makanan hebat ini termasuk di dalam menu harian kamu.
Muslihat #7
Jadikan senaman sebagai satu aktiviti wajib. Jika kamu terasa janggal untuk bersenam sendiri, pelawa teman-teman atau keluarga untuk bersenam bersama.
Muslihat #8
Untuk jamuan makan malam, elakkan pinggan bersaiz besar. Pilih pinggan atau piring yang saiznya lebih kecil, dengan cara ini, kamu dapat mengawal jumlah makanan yang kamu makan.
Muslihat #9
Sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam sangat penting buat kamu yang berdiet. Jadi penting untuk kamu mengubah jadual makan malammu. Mulai hari ini, biasakan makan sebelum jam 8 malam.
Muslihat #10
Fokus untuk sihat. Buat peringatan “Saya Sedang Diet”, dan tampal di pintu peti ais, tudung saji, atau bekas makanan berisi biskut atau snek.
Muslihat #11
Gosok gigi selepas makan, ia akan mengingatkan kamu bahawa masa untuk makan sudah tamat.

Oct
23

Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah ‘tiang agama’ dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lain-lain.

Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.

ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها

Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)

Juga disebut dalam sebuah athar :

النظر سهم مسموم من سهام إبليس

Ertinya : “Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis” ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma’ani, 22/7)

Malah ia juga bakal merosakkan hati :-

كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله

Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t” ( at-taysir bi Syarhi al-Jami’ as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

Di dalam Surah Al-Furqan ayat 43 dan 44, Allah telah menceritakan rupa buruk manusia yang telah dijajah oleh hawa nafsu sendiri. Mereka disifatkan seperti binatang. Firman Allah, “Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.”
Rasulullah telah mengajar cara-cara memerdekakan diri daripada jajahan hawa nafsu 1400 tahun yang lalu. Di dalam sebuah riwayat, Rasulullah telah berkata, “Seorang Mujahid (orang yang berperang) adalah orang yang memerangi dirinya sendiri”[2] Peperangan dengan diri yang dimaksudkan adalah peperangan menentang hawa nafsu.

Berkata Said Hawwa di dalam Al-Asas Fit Tafsir, “Secara dasarnya melawan nafsu bermaksud menundukkan nafsu supaya mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara.” [3]
Jalan terbaik melawan hawa nafsu adalah dengan bermujahadah dan cara paling mudah untuk bermujahadah adalah dengan menitik-beratkan ibadat-ibadat asas setiap hari.
Menurut Dr Danial Zainal Abidin di dalam bukunya 7 Formula Cemerlang, “Ibadah yang ditetapkan agama mempunyai unsur-unsur mujahadah. Solat yang khusyuk, sebagai contoh, mampu membersihkan hati dan mencegah individu daripada perbuatan keji. Solat subuh membantu individu melawan nafsu tidur yang berlebihan. Puasa memberikan kekuatan pada invididu yang mengawal nafsu makan, minum dan seks. Zakat membersihkan hati daripada penyakit tamak haloba. Pencarian ilmu melemahkan nafsu yang sukakan kesenangan dan kerehatan dan begitu seterusnya. Mujahadah adalah jambatan takwa.”[4]

doautkkekasih

Oct
20

KESAN SOLAT YANG KHUSYUK

IMAM al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan merasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang diucapkan di dalam solatnya. Justeru itu setiap apabila ia membaca al-Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila mereka membaca ayat keempat dari surah al-Fatihah yang bermakna: “Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari Akhirat” maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di Padang Mahsyar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah di sisi Allah SWT.

Apabila membaca ayat kelima dari surah al-Fatihah yang bermaksud: “Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja tempat kami memohon pertolongan,” bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.

Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh, cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap hodoh yang ada pada diri manusia itu.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya”. Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyangnya itu. Sebaliknya oleh kerana mereka lalai ketika sembahyang maka Allah SWT menjanjikan balasan api neraka pula kepadanya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.”

(Surah al-Ma’un: 4 – 5)

Nabi s.a.w. bersabda lagi yang maksudnya:

“Tidak ada habuan bagi seorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”

Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT. Malah solatnya itu akan menjadi kayu pengukur, jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang diperolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam sembahyang itu, atau sebanyak mana pula yang ia lalai. Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahala solat itu, sebaliknya di dunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.

Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain. Jika dibanding dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan saja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, sentiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.

Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu kelihatan juga, menunaikan zakat menghakis sifat bakhil seseorang. Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu menunaikan zakat.

Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai. Kerana ibadah haji melibatkan dua perkara iaitu melibatkan tubuh badan dan harta-benda. Sama ada menunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji tu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan banyak wang beribu-ribu ringgit. Tubuh terasa letih dan wang ringgit habis.

Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah yang dinyatakan itu. Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu ialah merupakan munajat (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah SWT.

Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah SWT, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk langsung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yang bertutur di luar kesedaran.

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang akan diterima oleh Allah SWT, jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.

Semua puji-pujian yang ditujukan kepada Allah SWT bukan saja melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Allah, meskipun Allah SWT menyatakan bahawa ia lebih hampir dari urat merikh seseorang

Oct
20

Sekadar perkongsian.Mungkin ramai dari pembaca yang telah mengetahui sirah kehidupan Srikandi Zinnirah.Tika membaca kisahnya..terasa kerdirnya diri ini.Adakah kita sanggup mengadaikan segalanya demi mempertahankan iman,aqidah islam yang kita sayangi.Ketika membaca,titis-titis air mata tidak henti mengalir mengenangkan pergorbanan beliau dan megenangkan bahawa diri ini sangat lemah.Dengan ujian yang hanya kecil..sudah mengalah,sudah tidak tahan…sudah mengeluh..lisan pula mengeluarkan ayat kepenatan..Tanpa sedar segala ujian itu adalah dari ALLAH s.w.t.Dan ALLAH tidak akan mengsia-siakan orang yang bertaqwa.
Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.
Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.

Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah. Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.

Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati.

Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan.

Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.
“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. Hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Di manakah wanita sekental ZINNIRAH ini?..
• Mengapa sukar sekali untuk mengalirkan air mata mengenangkan pengorbanan srikandi-srikandi ISLAM ini,wahai wanita?
• Mengapa kalian masih hanyut dengan nafsumu sedangkan para mujahidah Islam dahulu bermati-matian mempertahankan iman?
• Mengapa kalian masih membuka auratmu,sedangkah pada zaman Rasulullah.s.a.w,seorang wanita berkulit hitam yang berpanyakit pernah meminta Rasulullah.s.a.w mendoakan beliau supaya aurat tidak terbuka ketika penyakitnya menyerang?
• Mengapa kalian masih hanyut dengan cinta,janji-janji kosong si kumbang perosak..sedangkan Rabiatul Adawiyah sanggup menjadi wanita sufi yang meletakkan cintanya hanyalah untuk ALLAH dan menolak pinangan Imam Al-Ghazali semata-mata tidak mahu cintanya pada ALLAH menjadi kelam?
• Mengapa kalian masih menghabiskan wang beratus-ratus untuk bershopping perkara yang tidak perlu,sedangkan Siti Khadijah Bt.Khuwailid ,dahulunya hartawan,tetapi setelah munculnya islam,hartanya di curahkan seperti air untuk perjuangan ISLAM?
Wanita…di bahumu ada harapan menggunung tinggi.Dikau bisa menjadi Siti Aisyah.r.a,isteri yang setia, kuat walaupun fitnah munafiq menoda dirinya..Dikau bisa menjadi sekental Ummu sulaim,Yang memohon mahar perkahwinan yg paling mahal dari Abu Thalhah iaitu keislaman Abu Thalhah..Dia jugalah(Ummu Sulaim) yang menjaga hati suaminya dengan tidak memberitahu kematian anak kesayangannya kerana si suami baru pulang dari berjuang.
Wanita solehah idaman mujahid…bidadari syurga di dunia pencetus mujahid/mujahidah yang bakal lahir dari sulbimu.

Zinnirah…..bolehkah aku menjadi seagung pekertimu,sehebat iman yang menjadi benteng pertahanan dirimu….bagi 1_940461036lmenghadapi mehnah dan ujian hidup ini untuk mencapai Syurga Illahi……

Oct
20

• AKU MILIK TUHANKU*
Apakah pendirian hidupmu?wanita solehah
Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku Bahagia aku kemudi selalu Biar ku menuju jalan tak berbiku Biarkan cemburu berkubur Asalkan tak cemari hidupku Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu*
“Ya Allah… Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya.”
• MUTIARA KATA
“Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.”
(Imam Nawawi)
“Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi…”
(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

Oct
20

Nama diberi cukup ringkas sekali, Asmat Binti mohd zin. Dilahirkan pada 22 nov 1989 di sebuiah perkampungan yang terletak di Negeri Kelantan..Mempunyai 10 orang adik baradik dan merupakan anak yang ke 8 dalam keluarga. Mempunyai 6 orang abang, seorang kakak dan dua orang adik. 5 orang orang abang sudah bakerja dan berkahwin.2 orang lepasan Al Azhar sedang mengajar di sekolah Menengah di Kelantan, 2 orang askar,seorang lagi guru agama dalam tentera(KAGAT).seorang abang lagi masih menuntut di USIM, kakak yang sudah berkahwin masih di UKM menyambung pengajiannya di FPI tahun 3. 2 orang adik lagi masih di sekolah Menengah masing2 di tingkatan 4 dan 2. Diriku berasal dari keluarga yang sederhana sahaja. Ayah bekerja sebagai petani dan Emak hanya suri rumah. Namun Alhamdulillah setakat rezeki yang ada ibu bapaku berjaya memberi pendidikan kepada kami semua…..hobi adalah membaca kisah para Anbiya’ dan para sahabat juga para salaful Soleh..Cita2 ingi menjadi seorang pendidik yang yang berguna bagi agama, bangsa dan negara. INSYA ALLAH